NATURAL REMEDIES

ISLAMIC CALENDAR

Monday, July 29, 2013

TIPS PEMAKANAN YANG SESUAI SEMASA HAMIL -CARA SAYA

Minggu lepas aku balik kampung untuk melawat anak buah. Adik ipar baru bersalin. Kena tahan kat hospital selama 2 minggu sebab wifenya darah tinggi dan anak kena penyakit kuning. Lepas tu kena ulang alik ke hospital selama sebulan. Kesian babynya kena ambik darah. Bayangkan dah la kecik kena pulak ambik darah sebab jaundice.

Aritu masa adik ipar aku ni pregnant aku dah nasihat kat dia, tips pemakanan yang aku dah buat. Sebab anak-anak aku seramai 5 orang tu tak pernah kena demam kuning. Malahan aku pun sihat walafiat sehinggalah aku bersalin. Tak pernah kena selsema dan batuk walaupun orang sekeliling sakit. Sampaikan doktor tu pernah tanya aku apa yang aku amalkan sampai darah aku memang excellent. Aku tak pernah mc kecuali bila aku rasa tak larat dan malas je.

So sekarang aku nak share sikit petua yang aku ambik dari mak aku. Pemakanan yang sesuai semasa tempoh kehamilan selama 9 bulan.

Untuk kesihatan baby dan ibu






Makan spirulina. Insya allah baby dan ibu tak akan senang dijangkiti demam dan selsema. Even kalau baby kena injection setiap bulan tu, dia akan demam sekejap je. Tapi alhamdullillah semua anak-anak aku demam sehari je, pastu baik terus dan jarang demam.

Untuk kecantikan kulit baby



Minum apa-apa jenis protein drink. Aku minum Amway punya. So skin kita dan baby akan jadi cantik. Ataupun Bio Protein dari Cosway. Bila kita minum protein, kulit baby akan jadi cantik dan kalau dia dah remaja tak akan ditumbuhi jerawat. Percaya lah.

Untuk senang bersalin



Pernah dengar Salindah. Aku makan ubat homeopathy ni untuk hilangkan sakit gigi semasa mengandung. Kata orang tua sakit gigi disebabkan oleh kalsium kita di ambil oleh baby. So bila makan ubat homeopathy ni memang tak rasa sakit gigi. Boleh dibeli kat kedai jamu. Rasa macam RM300 satu set. Tapi kan memang sakit bersalin tu kurang sangat kalau dibandingkan semasa aku tak ambik produk ni. Dia kurangkan sakit nak bersalin dan senangkan proses bersalin. 

Bila makan ubat homeopathy ni, baby pun tak banyak meragam. Tidur pun ikut time. Syukurlah aku ditemukan dengan ubat homeopathy ni sebab jarak anak aku no. 2 & 3 adalah setahun. So korang boleh bayangkan betapa susahnya kalau dia meragam. Malam memang tak berjaga. Tidur sampai pagi. 

Susu untuk kalsium dan perkuatkan tulang



Minum la apa jenis susu. Aku selalu beli susu lembu segar dari bhai yang jual naik moto. Dulu dia datang jual kat pak guard kat apartment yang aku tinggal. So aku memang order dengan dia. Tapi selepas tu aku dah pindah. So minum susu kotak je. Original flavor adalah sangat digalakkan.

Kurma



Makan dua biji kurma setiap pagi. Ini adalah makanan sunnah.

Nasi



Aku memang kurang makan nasi semasa aku mengandung. Hanya sehari sekali. Breakfast aku dengan 2 keping roti wholemeal dan hanya segelas susu. Kita kena kurangkan nasi sebab nasi mempunyai banyak gula dan untuk mengelakan diebetes semasa mengandung makanlah beras herba ponni/beras kurang kanji. Sebabnya ada orang yang kena diebetes semasa mengandung pastu terus kena sampai lepas bersalin. So untuk mengelakkan tu makanlah beras yang kurang kanji. Kalau korang boleh makan cubalah beras rebus. He..he...ada bran....






Jus Delima














Minumlah jus delima untuk kecerdasan otak baby yang dikandung. Jus ni jugak akan mengawal paras darah tinggi dan juga untuk mengelakkan kaki cramp ataupun kejang semasa tidur.

Wednesday, July 24, 2013

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Aritu aku pernah pos pasal Bio Oil untuk hilangkan jerawat. Aku dah cuba cara ni kat diri sendiri dan kat anak-anak dara aku yang 3 orang tu. Ia memang berkesan untuk anak aku yang no. 1 & 2, tapi kata anak aku no. 3 tak de kesan. So it doesn' work for her.  

So aku pun google dan cari kat dalam magazine macam mana nak hilangkan jerawat untuk anak no. 3 ni. Mungkin skin dia jenis lain kot. So Bio Oil maybe tak sesuai untuk dia. Tapi jerawat anak aku ni bukan yang besar-besar macam nanah tu, dia cuma macam lebih halus dan kecik-kecik macam ruam panas.

So hasil pencarian aku dengan cik Google, ada seorang blogger ni syorkan guna Minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. Produk ni dari negara Turki kot kalau tak salah. Satu hari semasa jalan kat kedai Arab ni aku terjumpa minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. So aku pun beli. Mahal la wei.....RM30 sebotol kecik je. He..he...tapi dia tahan lama sebab kita letak sikit je kat muka sebelum tidur dan boleh dijadikan sebagai moisturiser.

So dah beli aku bagi anak aku pakai. Aku beli sekali dengan sabun Habbatus Sauda jugak. Sabun ni murah RM15 je. Tapi besar. So aku bagi anak aku guna minyak dan jugak sabun HB Sauda. Ada kurang sikit. Tapi budak remaja kan...malas nak jaga muka, malas nak cuci.... Aku ada jugak pakai sabun HB Sauda tu letak kat ofis. Aku rasa macam ok sebab dia buat muka kita jadi lembut.

So kalau korang yang dah guna Bio Oil untuk jerawat tu tak berkesan, jangan marah aku eh...sebab kulit muka kita tak sama. Kat bawah ni ada gambar dia.

CARA-CARA NAK MERAWAT CRACK HEEL

Korang penah tak alami tumit kaki pecah. Pastu dia akan jadi hitam sikit sebab dah kotor dan terbelah, mengelupas pastu kasar.

So aku nak share cara aku hilangkan crack heel atau tumit kaki mengelupas. 

Make sure buat masa mandi ok. Gosok tapak kaki yang pecah dan kasar dengan sabun garam. Aku beli sabun garam ni RM5 je kat pasar malam. Aku pun tak tau dia sebenarnya boleh merawat tumit kaki pecah. Bila dah beli aku tanya kat abang yang jual tu apa khasiat dia. Sebab dia pelik kan so aku rasa cam nak try. 



So korang gosok-gosok kat tumit kaki. Lepas tu sabun kan tumit kaki pecah dengan sabun slimming USA. Lepas tu biarkan dalam masa 5 minit pastu cuci.





Lap kering-kering dan malam sebelum tidur letak losyen. Apa jenis pun tak pe. Aku selalu guna Franch oil. Sekarang Franch oil dah abis, so aku letak Vaseline Intensive Care harga dia murah je. Beli kat Watsons ke Guardian ke. Rasanya RM5 je sebotol. Tahan lama ok. 

 








Pastu kalau korang ada lebih duit beli la heel protector.  Tapi kan aku rasa kalau ada stokin lama then gunting setengah pun boleh jadi heel protector gak kan. Jimat sikit duit. Then tidur macam biasa. Insya allah dalam masa seminggu dah boleh nampak kesan.