Aritu aku pernah pos pasal Bio Oil untuk hilangkan jerawat. Aku dah cuba cara ni kat diri sendiri dan kat anak-anak dara aku yang 3 orang tu. Ia memang berkesan untuk anak aku yang no. 1 & 2, tapi kata anak aku no. 3 tak de kesan. So it doesn' work for her.
So aku pun google dan cari kat dalam magazine macam mana nak hilangkan jerawat untuk anak no. 3 ni. Mungkin skin dia jenis lain kot. So Bio Oil maybe tak sesuai untuk dia. Tapi jerawat anak aku ni bukan yang besar-besar macam nanah tu, dia cuma macam lebih halus dan kecik-kecik macam ruam panas.
So hasil pencarian aku dengan cik Google, ada seorang blogger ni syorkan guna Minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. Produk ni dari negara Turki kot kalau tak salah. Satu hari semasa jalan kat kedai Arab ni aku terjumpa minyak Habbatus Sauda brand Dogachi. So aku pun beli. Mahal la wei.....RM30 sebotol kecik je. He..he...tapi dia tahan lama sebab kita letak sikit je kat muka sebelum tidur dan boleh dijadikan sebagai moisturiser.
So dah beli aku bagi anak aku pakai. Aku beli sekali dengan sabun Habbatus Sauda jugak. Sabun ni murah RM15 je. Tapi besar. So aku bagi anak aku guna minyak dan jugak sabun HB Sauda. Ada kurang sikit. Tapi budak remaja kan...malas nak jaga muka, malas nak cuci.... Aku ada jugak pakai sabun HB Sauda tu letak kat ofis. Aku rasa macam ok sebab dia buat muka kita jadi lembut.
So kalau korang yang dah guna Bio Oil untuk jerawat tu tak berkesan, jangan marah aku eh...sebab kulit muka kita tak sama. Kat bawah ni ada gambar dia.
No comments:
Post a Comment
nisa